Program Jom Riuh Merdeka Anjuran Perpustakaan Cawangan Simpang Empat
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, NADI dan Perpustakaan Cawangan Simpang Empat telah berkerjasama dalam mengadakan aktiviti bersama kanak – kanak dan komuniti sekitar untuk memeriahkan program Jom Riuh Merdeka. Pelbagai pameran dan aktiviti yang diadakan seperti pertandingan mewarna untuk kanak – kanak oleh pihak perpustakaan, kuiz menjawab soalan menggunakan Kahoot bertemakan kemerdekaan dan siber buli oleh pihak NADI.
Selain itu, NADI menagmbil pendekatan ini untuk memberi penerangan tentang program dan aktiviti di NADI yang sedang dijalankan kepada komuniti setempat. Antara NADI yang terlibat dalam memeriahkan aktiviti adalah NADI Tambun Tulang.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: